Monday, December 8, 2008

PEPIAS ; dulu , Kini dan Selamanya

Assalamualaikum wrt

5 dan 6 Disember lalu, memang menimbulkan nostalgia yang cukup mengimbau kenangan .
Duduk sebagai pengerusi tetap Muktamar Agung PEPIAS , ia merupakan tanggungjawab yang cukup berat untuk memastikan kesinambungan wadah perjuangan yang dikasihi akan terus utuh , padu dalam landasan yang betul dan diredhai Allah.

Moga PEPIAS akan terus utuh di persada dakwah...amin

Thursday, December 4, 2008

Kepentingan dan Keterlibatan Orang Muda dalam Dakwah Islam.

“ kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad ) perihal mereka dengan benar. Sesungguhnya mereka itu adalah anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian) semasa mereka bangun dan menegaskan tauhid lalu berkta “ Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbir langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak akan menyembah yan lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui yang jauh daripada kebenaran.”

Al-Kahfi : 13-14

Orang Muda ; Analisis Semasa

Hari ini rata-rata , orang muda pelbagi karakter sama ada watak seorang anak yang baik , soleh dan solehah, watak pelajar unggul penuh dan sopan, watak antagonis penuh parut dimuka, watak penderhaka pada nikmat motor yang kian menjadi pilihan bila harga minyak naik mendadak, watak muka tak bersalah bila mendengar bayi dibuang sewenangnya di dalam baldi, ditepi sungaimalah didalam beg sekolah yang sepatutnya menjadi karung ilmu paling berharga tapi… persoalan orang muda patut jawab. Ini mungkin watak yang kita ada di samping orang muda sekarang lebih sarat dengan hiburan , terasa mewah hingga makan pun kadang-kadang terpaksa disuap dimulut baru mahu mengunyah. Mati rasa , mati jiwa terasa mewah bila di suruh susah sedkit keluhnya hingga ternganga mulut dan kesahnya hingga terdengar seluruh serangga.

Namun sesungguhnya mereka kuat dalam diam,. Pengalaman menghadiri system sekolah formal bertahun, setidak-tidaknya melahirkan generasi ilmuwan wibawa. Tanpa siapa sangka tahap kreatif dan inovatif mereka bakal menggegar dunia. Cuma kita masih mencari makna kata Sukarno
“ Beri aku sepuluh pemuda akan kugegarkan dunia”
Orang Muda yang bagaimana agaknya. Tepuk dada . Adakah kita bersedia.


Orang Muda dan Perjuangan dakwah Islam ; Satu Sorotan Sejarah

Orang muda memainkan watak penting tika hijrah. Teringat beraninya Saidina Ali karamallahuwajhah bila menggantikan Ar-Rasul saw ditempat tidurnya. Kuatnya Asma’ bt Abu Bakr meredah padang pasir menghantar bekalan ke Gua Tsur tempat baginda bersembunyi mengatur langkah penting perjuangan dakwa. Teringat pula pada keberanian Syuhib Al Rumi , Bilal Al Habsyi, Salman Al-Farisi betapa anak-anak muda ini berani dengan penuh keimanan dan kekuatan akidah membantu dalam dakwah Ar-Rasul saw.

Susah mahu menolak fahaman sekular yang telah bertapak didalam minda segar anak muda sekarang apabila telah tegar bahawa zaman remaja ini adalah zaman serba harus. Semuannya mungkin. Zaman ini datangnya sekali , bila lagi mahu berlibur hingga lupa kubur yang tak kenal umur. Namun Allahyarham Ustaz Abdul Wahab Zakaria menolak pentafsiran ini dan menegaskan bahawa masa inilah marhalah penting menyiapkan generasi depan. Ingat ! Jika kita mahu lihat dunia hari depan, lihatlah orang mudanya hari ini..

Dakwah dan Sinergi Orang Muda


Kepentingan dakwah tidak dapat disanggah lagi. Kalam Tuhan Surah Ali Imran : 104

“Hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala yang baik , serta , melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya.”.

Oleh yang demikian inilah orang muda patut merebut peluang kerana orang muda ada sinergi, ada kreativiti memahami rakan sebaya, persekitaran serupa. Mereka mampu memberi alternative yang baik untuk mengatasi masalah mereka. Ini kekuatan dan kepentingan anak muda dalam arena dakwah masa kini. Ini lah watak besar yang kita mahu lahirkan. Watak pemuda yang kita panggil “ Ghuraba’ “

Melahir Pemuda GHURABA’

Ghuraba’ maksudnya pelik. Memang pelik hari ini bila kita bertindak diluar kotak kebiasaan. Bila kita berjalan memakai kopiah di pusat membeli belah. Bila kita tiada telefon bimbit, bila tiada teman yang berlainan jantina. Itulah pemuda –pemudi yang sedikit berbeza yang kita mahukan. Pemuda yang tahu kepentingan. Bila berhibur tahu batas, bila bersukan tidak berlebihan bial bersosial tahu dimana hadnya. Itulah kesan tarbiyyah Islam yang baik dan syumul.
Pemuda ghuraba’ ini perlu TEKAL imannya. PEDULI sifatnya dengan rakan sebaya , menegur temannya ketika temannya silap, memimpin temannya bersama melakukan kebaikan. ISTIQAMAH melakukan ibadah berterusan.

Citra dan Harapan.

Untuk meneruskan cita-cita besar seorang mujahid. Kita perlu terus menggiatkan pejuang-pejuang muda Islam. Memberi ruang lingkup yang patut terus diduburkan. Orang muda perlu ditunjuk jalan bukan hanya dipimpin. Ianya agar mereka berjalan sendiri, walau mula bertatih, jatuh banugn dan terus berlari…

Hidup untuk mangabdi kepada Allah dan Berbakti kepada Ummah

Assalamualaikum..
Sejak lama cuba untuk berblog dalam usaha untuk mendinamikkan lagi pendekatan berdakwah. Alhamdulillah pada pagi Jumaat 5 Disember ini. Baru memberanikan diri untuk bersama meraikan medan dakwah ini. Moga dibantu untuk tersu istiqamah dalam perjuangan.